Hairul menambah, pihaknya turut memberitahu keluarga mangsa bahawa FMC telah bersetuju untuk membela nasib dua kanak-kanak perempuan yatim piatu itu, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Akila, 3, sehingga mereka berusia 18 tahun.
“Kami telah berbincang dan bersetuju untuk mengumpulkan dana bagi membiayai kebajikan kanak-kanak ini sehingga mereka mencapai usia 18 dan kami juga menghulurkan sumbangan awal kepada keluarga mangsa.
“Kami sedang bekerjasama dengan pihak polis dan keluarga mangsa semasa siasatan dijalankan. Jika didapati terdapat ahli-ahli kelab kami yang melakukan kesalahan, kami tidak akan membela kesalahan itu, ” kata Hairul.
Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan Nur Annisa Firuza tercampak keluar dari kenderaan dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Fairuz Nizam terbunuh di tempat kejadian manakala Nova Safitri dan Nur Firuza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya.
- Jika Kamu suka dengan artikel ini, silahkan share melalui Media Sosial kamu.
- Jika Kamu ingin berdonasi untuk Anak Yatim dan Dhuafa, Silahkan Klik Disini.